Tuesday, May 31, 2011

MAJLIS KAHWIN

28 Mei 2011 / Sabtu:
Bersama Ayu, Izzad, Aiman dan Hisyam;
12.00 tgh: Majlis di Jelutong (rumah Abang Mad)
1.00 tgh: Majlis (Pn Maznah K.Kader Sultan) di Dewan Marin Gelugor......

bersama hamidah, aslam dan ayu......sedang bertugas "menghulurkan bunga telur kepada tetamu"

29 Mei 2011 / Ahad
2.00 petang: Majlis di Dewan Perda Teluk Kumbar (jiran belakang rumah). Kali ni p dengan ibu mertuaku........

Sunday, May 29, 2011

SPECIAL DINNER

27 MEI 2011 / JUMAAT
8.15 MALAM
RESTORAN SERI IDAMAN, JALAN TENGAH (BERTENTANGAN DENGAN PAK HUSAIN TOMYAM)
lepas p pekena durian cap kaki kat relau, mai pekena nasi pulak......semakin mengembang lagi laaaaa
mula2.....pekena teh cina dulu k......
pastu balon......tomyam campur, asam pedas pari, lala masak lemak, kailan ikan masin, ikan bakaq pun adaaa......

HARI GURU SKMH 2011

27 MEI 2011 / JUMAAT
Mulai 8.00 pagi - 12.00 tgh.
hari di mana guru-guru dikecualikan dari bertugas di dalam kelas.....

Wednesday, May 25, 2011

Mesyuarat Penyelarasan PBS 2011

23 Mei 2011 / Isnin:
 6.40 pagi: seperti biasa bertolak ke SKMH.
8.15 pagi: ke SK Batu Lancang bersama SU Pep: ambil soalan MGB.
9.50 pagi: balik rumah, baru nak kemaskan baju masuk dlm beg.
11.30 pagi: bertolak ke SKMH, tunggu partner.
12.00 tgh: bertolak ke Taiping.
1.20 ptg: check in kat Hotel SSL Traders Taiping
3.00 petang hinggalah kul 1.00 petang keesokan harinya......sesi mendengar taklimat demi taklimat hinggalah penutupnya oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri sebagai ucap utamanya....
cantik....pemandangan dari tingkap bilik penginapan...tingkat 3 Traders.....
sempat lihat fenomena matahari terbenam sebelum solat maghrib....memang cantik.....
bestnya dapat jumpa member lama....cikgu osman ramli, teacher rosni dan ramai lagi.....
semua tengah dok khusyuk.....
amanat drp pengarah jpn....bla bla bla  1 jam 30 minit.....boleh menanah telinga......

24 Mei 2011 / Selasa:
2.30 ptg: bertolak balik ke Penang dgn otak yang sangat tepu..silap2 boleh muntah kedarah!!!!!

Saturday, May 21, 2011

Masih Tahap Gaban!!!

17 & 18 Mei 2011: Masih sibuk menyediakan profil sekolah.....
19 Mei 2011 / Khamis:  Mengunjungi SK Convent Father Barre Sg Petani, Kedah...
GB SK Convent Father Barre, Pn Hjh Suridah sedang menyampaikan taklimat.....
20 Mei 2011 / Jumaat: Terus menyiapkan profil sekolah sehingga kul 6.00 petang.......
21 Mei 2011 / Sabtu:  Menyertai rombongan pengantin anak sahabat.....ke Yan, Kedah: seharian dari kul 7.30 pagi hingga 6.00 petang......balik....kong terus.....
kena tolong bawa hantaran lagi.......


cincin kahwin pengantin lelaki......
akad nikah di masjid Yan kul 10.00 pagi, majlis bersanding kul 2.00 petang.....
22 Mei 2011 / Ahad: 6.00 pagi bawa darling ke hosp. Balik Pulau.....semalaman tak boleh tidur, sakit tekak.. balik terus kemaskan rumah yg macam tongkang pecah, gara2 p buat renovation syiling.....habuk 1 rumah beb, sampaikan semua curtain kena turunkan dan basuh......so hari ni hari kemas rumah, tak kira sampai malam pun malam laaa.......

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU ! ! !

Selamat Hari Guru kepada:
Semua bekas-bekas guru Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar : 1967 -1972
Semua bekas-bekas guru Sekolah Menengah Raja Tun Uda Bayan Lepas: 1973 - 1977
Semua guru SK Minden Height...............
kek sumbangan bank rakyat caw jelutong
tunggu apa lagi....posing dulu.....
taklimat gb khas sempena hari guru a.k.a sbt?????? kalau nak sbt, pastikan everything nampak berprestij...ada paham!!!

so...................................SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011 ! ! ! !

Saturday, May 14, 2011

"BRAIN GYM"

14 Mei 2011 / Sabtu: 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
 Tajuk LDP: "Brain Gym".
Penceramah / Fasilitator: Dr Aswati (drp USM)
Apakah yang dimaksudkan dengan Brain Gym????????
Otak kita terdiri daripada 2 hemisfera. Anehnya, 85% orang di dunia ini hanya menggunakan otak kiri sahaja. Sebahagiaannya menggunakan kombinasi kedua-duanya dan separuh lagi hanya menggunakan otak kanan. Dari segi fungsi, otak yang terdiri dari dua hemisfera kiri dan kanan itu memiliki tiga dimensi yang saling berhubungan. Dengan menggunakan seluruh bahagian otak ini, fungsi otak dapat dioptimalkan. Sayangnya , tidak semua orang mampu melakukannya. Salah satu cara mengoptimalkan penggunaan semua dimensi otak adalah senam otak atau dikenali sebagai ‘Brain Gym’. Senam otak atau brain gym adalah serangkaian latihan berasaskan gerakan tubuh. Gerakan itu dilakukan untuk merangsang otak kiri dan kanan (dimensi lateral) belakang otak dan bahagian depan otak (dimensi pemfokusan), merangsang sistem yang berkait dengan perasaan/emosi, yakni otak tengah (limbis) serta otak besar (dimensi pemusatan). Sebagai pemulaan, BrainGym ini boleh dilakukan sambil melakukan aktiviti seharian. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tanpa waktu khusus. Brain gym mampu memudahkan kegiatan belajar dan melakukan penyesuaian terhadap ketegangan dan aktiviti sehari-hari. Brain gym yang diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul E Dennison dan Gail E Dennison terdiri dari 35 gerakan. Beberapa gerakan sederhana seperti Gerakan Silang (Cross Crawl), Mengisi Energi (Energizer), 8 Tidur (Lazy 8’s), Sekalar Otak (Brain Button), Titik Positif (Positive Points), Putaran Leher (Neck Rolls), Tombol Bumi (Earth Button) , dan Tombol Imbang (Balance Button), Tombol Angkasa, Penyatuan dan Hook Ups,The Energy Yawn, The Thinking Cap, The Elephant, Double Doodle, The Rocker, Belly Breathing, Cross Crawl Sit-Ups and Think of an X.
mukaddimah oleh Dr Aswati di dalam bilik gerakan.....
praktikal dilakukan di dalam bilik guru lama.......
Input yang sangat berguna bagi membantu para pendidik mengamalkannya di dalam kehidupan dan tugasan harian......tq Dr Aswati........ kemungkinan sesi seterusnya akan diadakan di luar sekolah pula...Insyaallah....

Thursday, May 12, 2011

SIBUK TAHAP "GABAN"....

9 Mei 2011 / Isnin:
call dari Jemaah Nazir :"Kami nak datang ke SKMH utk verifikasi Anugerah Sek Kluster Kecemerlangan pada 12 Mei 2011 / Khamis."
Aku: "Tapi pihak sekolah telah menolak pencalonan tersebut...."
Nazir: "It's ok..... don't worry....pihak kami tidak dapat menerima permohonan penolakan tersebut".
Aku: "Pada 12 Mei juga kami akan menerima lawatan kelompok daripada PPD"....
Nazir: So....pada tarikh tersebut sekolah puan akan menerima 2 rombongan pelawat lah.....
Aku: !!!!!!!???????*******(al mampuih....dlm 2 hari nak siap segala2nya......maaaaakkkkkkkk)

10 Mei 2011 / Selasa:
8.00 pagi: PK bersama Pemb Tadbir wajib menghadiri suatu taklimat di SJKC Union, Penang....
 (dlm hati: Ya Rabbi....dlm keadaan nak pecut buat persediaan....kena p taklimat pulak.....)
 So, balik taklimat terus buat persediaan sampai petang utk diverifikasi oleh nazir......
semua sedang khusyuk mendengar taklimat: "semua data dlm bentuk softcopy dan hardcopy mesti sampai ke PPD pada pagi 12 Mei 2011"........apa???? 12 Mei ?????

11 Mei 2011 / Rabu:
Sehari suntuk dok buat persediaan......balik bersama PK HEM sehingga waktu maghrib......

12 Mei 2011 / Khamis.......hujan turun selebat2nya dari awal pagi lagi......tapi janji depa tetap mai jugak!!!!!
barisan Nazir dari Penang , Kedah dan Perlis mula mengambil tempat ......dah nak mula.....
apa lagi....bigboss pun mula la dok promote sekolah.....
pastu refresh dulu......
sibuk menyemak fail2 dan dokumentasi2 berkaitan...ada yang pergi membuat pencerapan guru-guru di dalam kelas........
lunch....kari kepala ikan special.....
di akhir agenda, bergambar kenangan. selesai bab JNJK....
kul 2.30 petang: tiba pula giliran pemeriksaan kelompok oleh pegawai2 PPD......ayo ma ayo pa.....sampai petang....

itu la kesibukan sepanjang minggu ni.......kalau tak tahan daulat.....mau sewel jugak ini kaplaaaa.......
apa2 pun semua ini adalah duuugaaaaannnnnn!!!!!!!!!

Sunday, May 8, 2011

HARI IBU 2011

Buat ibu kandungku: Pn Hajah Habibah bt Abdullah dan ibu angkatku: Pn Hajah Aishah bt Ibrahim,
Sempena Hari Ibu, ku titipkan bacaan Tahlil semoga kalian berdua sentiasa damai di sana......Al-Fatihah.....

Hanya tinggal seorang ibu tempat ku menumpang kasih......ibu mertuaku Pn Hajah Anny bt Che Din......
So, tanggal 8 Mei 2011 / Ahad.....serombongan anak cucu Tok Ani pun berjamu selera laaaa sempena menyambut Hari Ibu......
hadiah daripada anakanda tersayang.......tq ayu....
hadiah daripada adik ipar yg vouge - tq maksu!!
maktok bersama anak cucu dlm perjalanan nak p lunch.......
dah sampai.......masing2 sibuk memilih menu....akhirnya terhidang laaa.....
ayam masak ?

kerabu.....

ikan masak sos....

ayam masak kicap

sayur campur....

sotong....sah pilihan hisyam...

telur masak rasem....pilihan maksu

ayam masak apa ntah....pilihan mak....

kari kepala ikan ...pilihan ayah.....
dah mula......seraaaaaannngggggggg

bigboss.....cool...
gelagat ibu a.k.a ibu mertua...hi hi hi.....

gelagat ibu yg vouge gituuu.....
dah kenyang.....tunggu apa lagi....

gelagat cucu2 maktok kat belakang....
tapi, lepas lunch terus p tesco extra sg dua pula (terlupa pula nak ambil gambar kan).....nak bagi sesuatu kat 3 orang ibu.....sepasang baju kurung dgn 4 biji brooch utk ibu mertuaku, sepasang baju kurung untuk adik iparku, utk diri sendiri???....ada2.....4 helai tudung qaseh......he he he...... boleh melaram 4 hari kat sekolah......ahaks... apapun...Selamat Hari Ibu untuk semua ibu yang tersayang.....

Friday, May 6, 2011

1 Murid 1 Sukan

Setelah 3 hari berkampung di Taiping (3 -5 Mei 2011).......pagi Jumaat dah bertugas semula...........
tut-tut dapat tau semua PK Akademik dan PK Koku kena pi taklimat 1M1S di SMK Abdullah Munshi pada jam 8.00 pagi..........tuu diaaa....ceq kena keluaq lagi......nak p top-up input lagiii.....

pegawai sukan kpm sedang menyampaikan taklimatnya....dah la kita dok dpn sekali.....letih, menguap berkali2 sampai tubit air mato kawe...pastu macam dok main cak-cak nak tengok muko dio balik tiye tuu...guano....

BAND 1 ........

SKMH berada di dalam BAND 1 bagi tahun 2011....so masih merupakan calon bagi SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.....Pada 3 - 5 Mei 2011 gb dan pk bagi 32 buah sekolah wilayah utara telah berkumpul di SSLTraders Hotel Taiping.....macam2 input disumbatkan ke dalam kepala nih.....so balik sarang buat persediaan sebelum JNJK datang buat verifikasi pada Jun nanti....alamak....tinggal berapa hari lagi????

Kami sempat la membuat lawatan benchmarking ke SK Convent Kota Taiping pada 4 Mei 2011.......
tu diaaa.....deretan fail-fail panitia mata pelajaran depaaa......
 disajikan dengan pelbagai persembahan pelajar, antaranya choral speaking......
 dah dihiburkan, dah diberi taklimat, dah melawat kawasan.....makan time.......
 tq warga SK Conv Kota!!!!
 balik dari lawatan, kena dengar taklimat dari JNJK pulak.....pastu berbengkel la hingga ke malamnya.....
hari terakhir sebelum majlis penutup, setiap hasil bengkel di present oleh gb....so SKMH, siapa lagi......