Thursday, August 25, 2011

HADIAH ISTIMEWA HARI LAHIR

23 Ogos 2011: Hari Lahir yg ke 51 tahun......dah masuk usia emas!!!!
24 Ogos 2011: Terima call dari Unit Naik Pangkat JPN, jemput ke JPN ambil surat .....
25 Ogos 2011: Menerima surat lantikan sebagai Guru Besar di SK St George Balik Pulau berkuatkuasa 24 Ogos 2011............ huwaaaaaaa......sayangnya nak tinggalkan MINDEN HEIGHT!!!!!!!!

Tuesday, August 23, 2011

23 OGOS 2011 / 23 RAMADHAN 1432 H

kenangan di hari lahir yg ke 51.......



terima kasih kepada suami tercenta......
terima kasih kepada semua anak-anak yg tersayang...........

Sunday, August 21, 2011

21 OGOS 2011: TABUNG HAJI TRAVEL

9.00 pagi: Menghadiri sesi taklimat Perjalanan Haji oleh Tabung Haji Travel...di Tabung Haji  Bayan Lepas..
sesi taklimat

ada pula penyampaian wang raya (zakat) untuk anak-anak yatim....

semuanya terharu melihat anak-anak yatim sedang beratur naik pentas.....

cenderahati daripada tabung haji travel: setiap orang mendapat sebotol air zam2 dan sebekas kurma....

sebuah hand carry bag

sepasang kain ihram untuk ayah, setengah pasang telekung untuk mak....

dan sorang sebuah buku ringkasan doa2....

MAIN SORANG-SORANG

20 OGOS 2011

dapat permainan baru lagi....ayah....ayah.....aiman tak minta pun...

sementara menunggu waktu berbuka......


ni la hasil kreativiti budak sorang ni......


MENU 18 RAMADHAN

tomyam campur

siakap sweet sour


kailan ikan masin


telur bungkus....


Saturday, August 13, 2011

MAJLIS TADARUS DAN QATAM AL-QURAN

13 Ramadhan / 13 Ogos 2011
program hari ini...

kumpulan 10 orang kami kena baca juzuk ke 27.....seorang baca 1 muka surat, yg lain semak, kalau salah terus tegur ....

makcik timah and the gang...

ni pulak makcik aishah dlm gang yg sama....

bersedia nak mula....

tuan imam mengetuai majlis qatam....

last sekali tazkirah ramadhan....

lepas tu balik laaa....zuhur kat rumah.....

Friday, August 12, 2011

Bukak Posa 12 Ramadhan

12 Ramadhan / 12 Ogos 2011
6.30 petang 3 beranak dah sampai di Masjid Daerah Balik Pulau.
"Allahumma lakasumtu wabika..................................."

Seronok dapat makan pizza.....

kakak yg tudung merah tu yg bagi pizza kat aiman.....

suasana berbuka sebelum sembahyang maghrib....

budak ni time makan mai beratoq dgn geng perempuan......

menu: gulai ikan bawal, masak cabai udang, sayur goreng kacang panjang.....aiman hanya ambik udang saja...

sebelum balik, aiman seronok tengok bulan malam 13.....

masih dok bermain2 dengan bulan ...........