Sunday, November 27, 2011

1 MUHARRAM 1433H

11.30 pagi: Majlis Bacaan Yassin di rumah Maknjang Ani

3.30 ptg: Majlis Pertunangan Mastura.........

5.00 ptg: Menerima kunjungan sahabat karib, Teacher Midah dan anak-anaknya....

Nabila dgn Farid, anak Teacher Midah......dah besar......

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Salam sejahtera buat semua.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya

Thursday, November 24, 2011

PERJALANAN 3

Ibadat Haji Tamatuk melibatkan:
1. Mengerjakan Umrah dalam bulan-bulan Haji...........dah selesai pada 12 Okt 2011.
2. Mengerjakan Haji:
    i.  Wukuf di Arafah.
    ii  Mabit di Muzdalifah.
    iii Mabit di Mina
    iv Melontar di 3 Jamrah.
jemaah sedang mabit di mina (dlm khemah beraircond lagi...)
jemaah sedang melontar di jamrah terakhir...jamrah kubra...
jemaah sedang mabit di muzdalifah...

UJIAN SEBENAR BAGI SEORANG BAKAL HAJI
TERLETAK DI 3 TEMPAT MASYAER IAITU:
ARAFAH
MUZDALIFAH
MINA

Oleh itu,
Cubalah untuk pergi menunaikan haji
di waktu masih muda
tenaga masih kuat
dan tingkatkan amalan2 wajib dan sunnat
tanpa mengira masa dan tempat.....

SEMOGA SEGALA IBADAT KITA DITERIMA ALLAH HENDAKNYA, AMIN.....

Wednesday, November 23, 2011

PERJALANAN 2

12 Okt 2011
Perjalanan menuju Makkatul Mukarramah, bermula dengan berniat ihram dan umrah di Miqat Bir Ali....kira2 1-2 jam perjalanan dari Madinah......
diteruskan dengan ibadah umrah pada hari yang sama setelah tiba di Mekah.....iaitu selepas solat isya'. Ibadat umrah melibatkan tawaf 7 keliling kaabah, saie 7 keliling antara bukit safa dan marwah dan akhirnya bergunting sekurang2nya 3 helai rambut. Maka jemaah sudah bebas daripada pantang larang di dalam ihram...dah boleh berpakaian biasa....
(selesai saie, sdg berdiri di atas batu bukit marwah, lepas tu kami saling bergunting rambut, maka terhasillah tahlul)

PERJALANAN 1

1 Okt 2011 / Sabtu
Majlis Kesyukuran dan doa selamat sempena keberangkatan kami suami isteri ke Mekah dan anakanda Nur Hidayu dan suami melanjutkan pelajarannya di London.

3 Okt 2011 / Isnin
Lapor diri dan check-in di Kompleks Haji Kelana Jaya.

4 Okt 2011 / Selasa
Selamat tiba di bumi Madinatul Munawwarah.......